al-kisah bermula semalam 27 Januari 2007... Aku dan ramai lagi pelajar berjumlah kira-kira 80 orang agaknya dan termasuklah beberapa orang pensyarah lagi turut pergi ke Batu Pahat untuk membantu mangsa banjir di Sekolah Menengah Seri Medan, Batu Pahat, Johor...
Perjalanan kami memakan masa lebih kurang 5 jam itu amat memenatkan dan meletihkan kami... Namun, segalanya bertukar dengan kegembiraan apabila tiba ditempat yang ingin ditujui... Sebelum itu, Puan Lin dan beberapa lagi pelajar yang bertanggungjawab dalam rombongan tersebut, berkali-kali menasihati dan memberi peringatan agar kami semua menjaga tingkah laku dan tatasusila kami sebagai seorang pelajar UNISEL....
Tiba sahaja di Johor, kami terus menuju ke Masjib Sultan Ismail di Batu Pahat untuk menukar pakaian dan bersarapan sebelum meneruskan perjalan seterusnya ke kampung2 dan juga sekolah... Terlebih dahulu kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan nanti...
Tiba sahaja di Sekolah Menengah Seri Medan Batu Pahat, kami dijemput dengan wajah-wajah yang terukir sebuah senyuman walaupun sedih memikirkan harta benda mereka yang musnah akibat banjir...
Kami dibagikan beberapa kerja oleh penduduk disitu... Antaranya pelajar perempuan membantu menyediakan juadah tengahari dan juga makan petang untuk para penghuni yang menetap sementara di situ... Manakala pelajar lelaki di suruh mengemas kayu2 untuk dijadikan arang dan juga memotong daging untuk juadah nanti...
Kegembiraan dan gelak tawa makcik2 dan pakcik2 serta kanak2 disitu jelas terpancar dengan kehadiran kami disana sebagai penghibur mereka setelah hampir dua minggu menjadi penghuni di Sekolah Menengah Seri Medan Johor... Selesai saja melakukan pelbagai kerja dan menolong apa2 yang patut kami di hidangkan makan tengahari oleh penduduk situ...
Kami diberi makan didalam dulang besar disertakan dengan nasi, sayur goreng, ikan goreng dan juga kari daging... Jika dikampung aku, makan nasi didalam dulang sedemikian rupa dipanggil 'Nasi Ambeng'... Kepenatan dan Keletihan jelas terpancar di wajah kami apabila duduk beramai2 dan makan bersama walaupun begitu kami gembira... Gembira dengan pertolongan kami serta keramahan penghuni disitu...
Sebelum berangkat pulang ke UNISEL, kami sempat bergambar dan bersalaman dengan mereka... Senyuman yang terukir serta kenangan yang ditinggalkan disana, tidak dapat dibeli dengan nilai wang ringgit kerana
PENGALAMAN INI AMAT BERHARGA PADA DIRI AKU!!!
1 comment:
wei seronok sangat...
kalo en.izwan buat lg..
aku la orang pertama yg pergi...
best sangat walaupun penat...
Post a Comment